About Us

Founder Kad “Ekor Harimau Malaya”

SARA PRU WEALTH ADVISOR

Menghasilkan nilai kerja yang Beretika dan Profesional

Kami amat berbesar hati diberi peluang untuk mengemukakan cadangan bagi perlindungan insurans kemalangan kepada penyokong Bolasepak Malaysia dan kami yakin ianya akan memberikan manfaat yang baik kepada penyokong sekiranya berlaku musibah yang tidak dijangka. Kami yakin SARA PRU WEALTH ADVISOR akan memenuhi keperluan semua pihak.

Berpengalaman dalam menyediakan takaful / insurans kepada pasukan bolasepak Liga Malaysia sejak 2014 beserta dengan manfaat kecederaan sukan yang buat pertama kali diberikan kepada pemain profesional di Malaysia.

Selain daripada itu,sejarah juga tercipta apabila sejak Final Piala Malaysia 2017, penyokong bolasepak yang hadir ke stadium diberikan perlindungan insurans perjalanan bermula 12 jam sebelum sepak mula, sepanjang berada di dalam stadium dan perjalanan pulang 12 jam selepas perlawanan tamat.

Kerjasama dengan Ultras Malaya

ULTRAS MALAYA adalah kumpulan penyokong setia untuk pasukan Malaysia, terutama kepada pasukan kebangsaan bolasepak dan hoki. Mereka juga dikenali sebagai pemain ke-12 atau dengan jolokan Ekor Harimau Malaya.

Keahlian Ultras Malaya mulai meningkat dari tahun ke tahun sehingga dianggarkan Komrad telah mencecah sehingga ratusan ribu. Keahlian UM telah berkembang dengan tertubuhnya divisye-divisyen Ultras di setiap negeri di bawah payung Ultras Malaya.

Apa kata mereka tentang kad Ekor Harimau Malaya